Pages

Sunday, May 9, 2010

Jenis-jenis pendawaian elektrik?

 Sistem permukaan
Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan.

 Sistem tersembunyi
Bagi sistem pendawaian teresembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan lansung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori.
 Sistem penyokong katenari
Sistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang jarang-jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaan sistem ini masih diperlukan.
 Sistem konduit
Sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan disalurkan kabel.
 Sistem sesalur
Sistem pendawaian sesalur merupakan satu sistem yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
 Sistem salur
Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang menggunakan salur logam atau bahan penebat dan diapasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.
 Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
Sistem ini dinamakan sedemikian kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan mineral pelapik kuprum.
 Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
Pemberian nama sistem ini adalah juga kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.




No comments:

Post a Comment